Advokasi (Maklumat Palsu)
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 October 2018 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi yang dengan tajuk Maklumat Palsu yang berobjektif kesedaran pengguna IT penting tentang Maklumat Palsu dewasa ini. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 9:30 hingga 11:30 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.
Peserta didedahkan 4 video dari Youtube iaitu:
1. Maklumat Palsu - Klik Dengan Bijak
2. Komik Maklumat Palsu (Internet) Sebarkan yang benar – Pi1M Borneo Channel
3. Kesan Penyebaran Maklumat Palsu – pi1m pulaichondong
4. Penyebaran Maklumat Palsu – Azharie Azhar
Dengan 4 video ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada peserta yang hadir disamping dengan penerangan yang diberikan. Dalam sesi ini juga, peserta disediakan 5 soalan berkaitan dengan Maklumat Palsu bagi memantapkan pemahaman mereka. 5 soalan itu ialah;
1. Bagaimana Maklumat Palsu berlaku?
2. Mengapa Maklumat Palsu bahaya?
3. 4 jenis maklumat tidak tepat, palsu & tanpa pengesahan?
4. Bagaimanakah memastikan sumber maklumat ini sahih?
5. Apakah tindakan anda jika menemui sesuatu cerita / isu / berita?
Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat menjawab soalan yang disediakan. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat dimanafaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: